Khamis, 12 Jun 2008

1 JUTA TANDATANGAN *GERAMM*

KUALA LUMPUR 12 Jun (SK) - Beberapa organisasi, antaranya Angkatan Muda KeADILan (AMK), Anwar Ibrahim Club (AIC), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Ikatan Kebajikan Rakyat sepakat menubuhkan Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak atau Geramm.

Ketika sidang media di Petaling Jaya, pagi ini, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin menyatakan komited Geramm untuk terus menggembleng dan menggerakkan mobilisasi rakyat untuk menyatakan protes secara berterusan

“Gerram akan terus mendepani rakyat dan generasi muda untuk terus menyatakan protes agar kerajaan menarik balik kenaikan minyak di pasaran dan membincangkan kaedah serta formula terbaik demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Oleh yang demikian, Menurut Shamsul usaha protes akan dimulakan selepas solat jumaat esok di Kampung Baru seterus beberapa roadtour diseluruh Malaysia akan bermula selepas itu.

Petition Online

Sementara itu, Shamsul turut mengumumkan pelancaran laman web Geraam (http://www.geramm.org), dimana terdapat jadual program, bahan kempen, dan petisyen online bagi mengumpul pendapat rakyat yang tidak puas hati tentang kenaikan minyak./-fiq


KOTA BHARU MAP

KELANTAN MAP

PAKATAN RAKYAT

Malaysia

Kelantan
Kedah
Pulau Pinang
Perak
Selangor
Kuala Lumpur

KOTA BHARU google earth

Kelantan cadang bina Balai Seni Lukis


KOTA BHARU, 5 Jun (Hrkh) - Kerajaan negeri akan memarbatkan karya seni lukis setanding dengan kesenian lain bagi memastikan ia tidak pupus begitu sahaja.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, golongan pelukis perlu diberi perhatian dan tidak membiarkan mereka terpinggir.

Berucap merasmikan Pameran Seni Lukis Kelantan 2008, di Muzium Negeri, di sini hari ini katanya, bagi menjayakan hasrat itu, kerajaan negeri bercadang menyediakan Balai Seni Lukis bersebelahan dengan Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) tidak lama lagi.

Image�Dengan adanya bangunan seperti itu membolehkan pelukis melukis atau menyediakan lukisan untuk dipamerkan kepada pelancong sama ada tempatan atau luar negara. Di situ juga boleh dijadikan tempat mengajar anak-anak muda melukis,� ujarnya.

Menurutnya golongan pelukis disifatkan begitu istimewa dan sukar dicari memandangkan anugerah berkenaan hanya dikurniakan Allah kepada segelintir hamba-Nya sahaja.

Kata beliau melalui usaha tersebut diharap dapat membantu memperkayakan khazanah negeri, sama ada berbentuk artifak, permainan tradisional dan kehidupan masyarakat Kelantan melalui lukisan.

�Kita ingin menjadikan pelukis Kelantan mempunyai identitinya yang tersendiri sehingga dikagumi semua pihak,� katanya lagi.

Pameran itu berlangsung selama sebulan bermula hari ini. Sebanyak 100 lukisan pelbagai tema yang diilhamkan 50 pelukis tempatan dan jemputan dipamerkan.

Program berkenaan turut mendapat kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Persatuan Seni lukis Kelantan (Peseni).

Bercakap kepada media selepas itu beliau berharap kenaikan harga minyak yang begitu tinggi mulai hari ini tidak membantut kedatangan pelancong ke Kelantan. - mj

HarakahDaily.Net


Selasa, 10 Jun 2008

Nik Aziz selamat kembali dari umrah

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi.
Beliau tiba jam 9 malam bersama isteri, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, anak-anak serta menantu selain diiringi 20 anggota rombongan termasuk pegawai pejabat Menteri Besar Kelantan.
Menurut Setiausaha Sulitnya, Nik Azlan Abdul Hadi keadaan kesihatan Menteri Besar Kelantan begitu baik dan beliau kelihatan lebih ceria berbanding sebelum bertolak ke Makkah, 26 Mei lalu.

"Tok Guru nampak lebih sihat dan ceria daripada masa sebelum beliau bertolak ke Makkah dua minggu lepas," ujarnya ketika ditemui di Bilik Rehat VIP KLIA.

Nik Azlan juga berkata, Tuan Guru Nik Aziz akan memulakan semula tugas Khamis ini memandangkan beban tugasan yang ditinggalkan sepanjang peninggalan beliau agak banyak.

"Beliau juga menyampaikan ucapan penghargaan di atas doa semua pihak sehingga Menteri Besar selamat pulang ke tanah air," katanya.

Sebaik selesai menunaikan solat dan berehat seketika, beliau beserta rombongan berlepas pulang ke Kota Bharu dengan penerbangan pada jam 10.40 malam tadi.

Sementara itu, di KOTA BHARU, Salmah Mat Husain melaporkan hampir 500 rakyat Kelantan dan pemimpin kerajaan negeri serta pegawai menyambut kepulangan Menteri Besar di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.Image

Rombongannya tiba kira-kira jam 11.30 malam. Orang ramai yang hadir berebut-rebut untuk bersalam dengan pemimpin kesayangan mereka.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz kelihatan ceria dan sempat bersalam dengan orang ramai yang menunggunya sejak awal lagi. Turut kelihatan isterinya, Datin Tuan Sabariah dan anggota rombongan lain.

Manakala kira-kira jam 11 pagi tadi beliau menziarahi timbalannya, Datuk Ahmad Yakob yang sedang bercuti sakit akibat serangan jantung baru-baru ini di rumahnya di Alor Pasir, Wakaf Bharu, Tumpat. - mks._

HarakahDaily.Net

Isnin, 9 Jun 2008

Rakyat makin fakir akibat tindakan kerajaan


KUALA LUMPUR,10 Jun (Hrkh) - Kerajaan sebagai pembuat dasar boleh membatukan diri, tetapi rakyatlah yang menderita akibat bebanan kenaikan harga minyak, tegas ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub dalam satu sidang media di parlimen semalam.

"Saya tidak boleh bayangkan betapa 'fakirnya' kakitangan bawahan yang tinggal di Kuala Lumpur ekoran bencana inflasi ini sedangkan kerajaan masih enggan menaikkan gaji kakitangan hingga ke tahap gaji minimum," katanya.

Isu utamanya, sambung beliau lagi,adalah kesan berantai dan tekanan inflasi yang mengakibatkan rakyat terpaksa menanggung peningkatan kos hidup yang memeritkan.

"Hakikatnya, kerajaan tidak berupaya memberi satu alasan bagi menyekat kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang berlaku secara mendadak," jelas beliau.

Salehuddin turut menegaskan bahawa tiada sebarang pendekatan yang ampuh diambil kerajaan dalam mengatasi masalah ini.

"Rakyat marhaen melihat arahan menteri menegur pengusaha-pengusaha bas menaikkan harga tambang sebagai arahan tidak logi," tambahnya lagi.

Beliau yang ditemui dalam sesi penyerahan memorandum kepada Tan Sri Yang Di-Pertua Dewan Rakyat menggesa agar diadakan perundingan untuk mencari penyelesaian konkrit antara wakil-wakil yang terlibat.

"Rundingan dan persepakatan yang dicapai diharap dapat memberi kepuasan kepada rakyat dan kerajaan dengan situasi menang-menang,"katanya.

Sebagai mewakili ahli-ahli Parlimen PAS, beliau juga memohon Yang Di-Pertua Dewan Rakyat untuk memanggil satu persidangan tergempar Dewan Rakyat.

"Persidangan itu dibuat bagi membolehkan satu isu besar yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara boleh dirunding sewajarnya," tegas Salehuddin mengakhiri sidang media tersebut. - mks._

HarakahDaily.Net

Bahan api: Kenapa rakyat Malaysia perlu bayar lebih

Hakikat bahawa Malaysia adalah negara pengeluar minyak dan Petronas meraih keuntungan sejak sekian lama, sering mendorong kebanyakan rakyat Malaysia untuk bertanya kenapakah subsidi minyak tidak boleh terus diberi kepada mereka.

Ahli politik pembangkang mendakwa penjelasan kerajaan bahawa harga runcit petrol RM2.70 sekarang masih rendah berbanding di negara lain di rantau ini, tidak boleh diterima kerana ia sepatutnya dibandingkan dengan harga di negara pengeluar minyak mentah lain.

Bagi menguatkan hujah mereka, ketua Pembangkang Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengemukakan satu senarai perbandingan: Emiriyah Arab Bersatu (RM1.19 seliter), Mesir(RM1.03 seliter), Kuwait (RM0.67 seliter), Arab Saudi (RM0.38 seliter), Nigeria (RM0.32 seliter) dan Venezuala (RM0.16 seliter).

Mengulas perkara ini, Ketua Ahli Ekonomi RAM Consultancy Services Dr Yeah Kean Leng berkata, memang tidak dapat dinafikan bahawa negara pengeluar minyak lain dan malah, sesetengah negara membangun, memberi subsidi yang besar jumlahnya bagi harga bahan bakar.

"Tapi, apa yang menjadi persoalan ialah saiz subsidi yang mereka berikan kerana kebanyakannya hanya berjumlah kirakira 2.0 hingga 4.0 peratus daripada KDNK mereka, kecuali sesetengah negara pengeluar minyak seperti Brunei, memberi hingga 5.0 peratus daripada kadar KDNKnya.

"Malaysia memberi kira-kira 6.0 hingga 7.0 peratus daripada jumlah KDNKnya berdasarkan harga AS$135, iaitu suatu jumlah yang terlalu besar dan kerajaan perlu mengambil langkah segera untuk mengurangkannya," kata beliau.

18 Tahun Comel Sengoti

Ubah Gaya Hidup

Komen Orang Ramai

Gambar Sebenor


Aku LAH

Minyak oh minyak




Minyak Naik Lagi
Harga minyak naik lagi mulai 12 tgh malam 5 Jun 2008. Naik pula mendadak. Banyak pula tu...
petrol 78 sen seliter. Pakai Kancil pun teruk. Diesel RM1.00 seliter. Sekali aku balik kampung, guna 30 liter...meningkatlah kos minyak aku RM30 lagi. Dah lah tu, road tax mahal. Sepatutnya kerajaan hapuskan terus road tax.
Pada pandepat aku, kerajaan sepatutnya tidak naikkan harga minyak, sebab:
1. Malaysia pengeluar dan pengeksport minyak. Selepas kenaikan, minyak kita paling mahal di kalangan negara pengeluar dan pengeksport ini.
2. Minyak dunia naik sepatutnya tiada masalah sebab Petronas lagi banyak untung.
3. Harga kereta di Malaysia antara yang tertinggi di dunia sebab AP, duti eksais dan cukai jualan.
Harga minyak nak ikut harga dunia, tapi harga kereta tak. Jepun, USA, Thailand dll, harga
kenderaan jauh lebih murah.
4. Dan banyak lagi...Sesapa ada sebab lain boleh hantar komen...

Takziah kepada keluarga si mati



Dua pemandu bas itu, Mat Nawi Daud, 39, dari Tumpat dan Mohamed Ibrahim, 47, dari Kampung Binjai Manis, Kota Bharu, Kelantan meninggal dunia di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari bas.
Transnasional/SKMK patut kaji semua perjalanan bas ekspres mereka kerana pemandunya terpaksa memandu bas ENAM HARI tanpa rehat yang cukup,ini membahayakan penumpang dan pemandu bas.
Pemandu bas tepaksa memandu bas selama 16 jam tanpa rehat yang cukup sebagai contoh trip pukul 9.oo pagi dari K.Bharu ke Kuala Lumpur sampai pukul 5.30 ptg terpaksa LIPATBALIK(istilah pemandu bas) ke Kota Bharu dan jika ada penumpang terpaksa ke Kuala Lumpur pula pagi esok,pekara ini terjadi pada hari cuti sekolah,cuti am dan hariraya