Isnin, 9 Jun 2008

Bahan api: Kenapa rakyat Malaysia perlu bayar lebih

Hakikat bahawa Malaysia adalah negara pengeluar minyak dan Petronas meraih keuntungan sejak sekian lama, sering mendorong kebanyakan rakyat Malaysia untuk bertanya kenapakah subsidi minyak tidak boleh terus diberi kepada mereka.

Ahli politik pembangkang mendakwa penjelasan kerajaan bahawa harga runcit petrol RM2.70 sekarang masih rendah berbanding di negara lain di rantau ini, tidak boleh diterima kerana ia sepatutnya dibandingkan dengan harga di negara pengeluar minyak mentah lain.

Bagi menguatkan hujah mereka, ketua Pembangkang Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengemukakan satu senarai perbandingan: Emiriyah Arab Bersatu (RM1.19 seliter), Mesir(RM1.03 seliter), Kuwait (RM0.67 seliter), Arab Saudi (RM0.38 seliter), Nigeria (RM0.32 seliter) dan Venezuala (RM0.16 seliter).

Mengulas perkara ini, Ketua Ahli Ekonomi RAM Consultancy Services Dr Yeah Kean Leng berkata, memang tidak dapat dinafikan bahawa negara pengeluar minyak lain dan malah, sesetengah negara membangun, memberi subsidi yang besar jumlahnya bagi harga bahan bakar.

"Tapi, apa yang menjadi persoalan ialah saiz subsidi yang mereka berikan kerana kebanyakannya hanya berjumlah kirakira 2.0 hingga 4.0 peratus daripada KDNK mereka, kecuali sesetengah negara pengeluar minyak seperti Brunei, memberi hingga 5.0 peratus daripada kadar KDNKnya.

"Malaysia memberi kira-kira 6.0 hingga 7.0 peratus daripada jumlah KDNKnya berdasarkan harga AS$135, iaitu suatu jumlah yang terlalu besar dan kerajaan perlu mengambil langkah segera untuk mengurangkannya," kata beliau.

1 ulasan:

azhar berkata...

kenaikan harga minyak boleh menyebabkan kenaikan harga barang pengguna.Kenaikan harga barang pengguna petanda kenaikan inflasi.

Peningkatan inflasi menghakis nilai matawang.Warga marhain dr golongan berpendapatan sederhana boleh menjadi miskin.